Nasi Lemak NZ Tours

JAUH KE TEMPAT-TEMPAT di NZ? BERAPA LAMA KENA DRIVE?

28 Jun 2017


TIPS UNTUK DRIVING DAN JARAK PERJALANAN DI NZ


Assalamualaikum travel lovers…


KIA ORA!

Kali ni saya nak kongsi pasal berapa lama perjalanan dari satu tempat ke satu tempat. Ramai yang tak tahu yang memandu kat sini memang kebanyakannya long drive…jadi agak susah kalau tinggal di satu bandar atau mana-mana main city saja


MEMANDU/DRIVING


Memandu di sini sama macam Malaysia jugak…right handed maksudnya left road side.
Boleh pakai lesen memandu Malaysia -  mesti berumur 21 tahun ke atas dan untuk insurance cover mesti berumur 25 tahun ke atas.
Pemandu motorhome mesti berumur 25 tahun ke atas.
 

JARAK MASA PERJALANAN DI NORTH ISLAND

Kalau di North Island dari satu tempat ke satu tempat, akan makan masa dalam 2- 4 jam driving one way. Ni kira tempat-tempat hot spot la…bukan semua bandar-bandar di North Island:

  • Auckland ke Matamata (tempat Hobbiton) dalam 2 jam sehala
  • Auckland ke Waitomo Glowworm Cave dalam 2.5jam sehala
  • Auckland ke Rotorua dalam 3 jam sehala
  • Auckland ke Taupo dalam 4 jam sehala
  • Auckland Cathedral Cove, Coromandel dalam 2.5 jam sehala (kebiasaannya ramai yang pergi masa musim panas hujung tahun)
  • Auckland ke Cape Reinga dalam 6 jam sehala (tempat paling utara di North Island)
  • Auckland ke Wellington dalam 10-11 jam sehala (bandar paling selatan di North Island) 


Ramai yang bila book accommodation sendiri akan book di Auckland saja...kalau terjadi macam ni, day trip boleh pegi satu tempat je sehari…sebenarnya akan rugi masa atas jalan la jugak… jadi selalunya kami akan advise bermalam di tempat yang berlainan. Kalau di North Island, selalunya di Rotorua banyak hari sikit sebab banyak tempat dan aktiviti yang boleh buat di Rotorua.



JARAK MASA PERJALANAN DI SOUTH ISLAND

Kalau di South Island pulak lagi jauh…long drive la kira…tapi selalu tak terasa penat tu sebab cantik ja mata memandang masa memandu tu.
Kalau ada yang book tempat menginap hanya di Christchurch…haaa yang ni bermasalah sebenarnya sebab memang impossible nak buat day trip macam di North Island…South ni memang kena bermalam di beberapa tempat…supaya driver la tak penat dan semua pun dapat berehat secukupnya…lagi best dapat tido di tempat yang berlainan kan…dapat lihat dan melawat sekali bandar-bandar kecil di sini..
Kalau tak cukup masa bandar paling sesuai nak pegi dan stay lama adalah Queenstown. Sini boleh lagi kalau nak pegi tempat hot spot day trip dan boleh cover banyak tempat-tempat wajib.


Basically driving journey dari Queenstown:

  • Queenstown ke Glenorchy scenic drive 50 minit sehala – yang ni memang selalu day trip je tapi view sangat cantikkk…hehe
  • Queenstown ke Wanaka dalam 1 jam sehala
  • Queenstown ke Arrowtown dalam 20 minit sehala – bandar ni selalu wajib pegi kalau waktu musim luruh…digelar Golden town kalau musim luruh..untuk yang suka sangat Autumn colors…tempat ni kena masuk dalam list.
  • Queenstown ke Milford Sound dalam 3.5-4 jam sehala
  • Queenstown ke Mt Cook dalam 3.5-4 jam sehala…akan lalu Lake Pukaki
  • Queenstown ke Lake Tekapo dalam 3.5 jam sehala
  • Queenstown ke Dunedin dalam 3 jam sehala
  • Queenstown ke Christchurch dalam 6 jam sehala


 Dari Christchurch:

  • Christchurch ke Lake Tekapo dalam 3.5 jam sehala
  • Christchurch ke Moeraki Boulders dalam 4 jam sehala
  • Christchurch ke Dunedin dalam 5.5 jam sehala
  • Christchurch ke Queenstown dalam 6 jam sehala

 

Harap dengan informasi ni dapat membantu sedikit sebanyak merancang percutian anda sebelum buat tempahan tempat penginapan. Nak paling senang… kalau tak nak pening…hubungi lah kami di www.nasilemaknztours.com …kami akan cuba merealisasikan percutian impian anda menjadi kenyataan.

Terima Kasih…jumpa lagi di topic selepas ni ya…stay tuned…