MUSIM BUNGA DI NEW ZEALAND

26 September 2017


Assalammualaikum travel lovers,

KIA ORA!

Kali ni saya nak ceritakan tentang musim kegemaran ramai, especially for women out there. Mana yang dalam hati ada taman tu, pasti happy baca topic kali ni.

Musim bunga di New Zealand - bila warna-warni menjadi latar belakang gambar-gambar anda semua, memang best ka. Terasa indahnya bumi ciptaan Allah.

Sebelum tu, saya nak bagitau yang bukan semua bunga kembang pada masa yang sama…sebab ada yang tanya kami - boleh ke nak pegi park tengok roses, tulips, cherry blossoms dan lain-lain lagi pada masa yang sama…

Saya kongsikan tips bila bunga-bunga ni berkembang ya. Boleh save time, tak perlu nak google cari bunga ni bila bunga tu bila musimnya…hehe.

Basically musim bunga bermula dari pertengahan bulan Ogos sampai bulan Februari (bersambung ke musim panas/summer di NZ).



Blooming time to plan your trip to New Zealand


Anda boleh pilih nak tengok bunga apa dalam senarai di bawah ni, then boleh plan trip nak datang bulan berapa. Kalau nak tengok semua kena camping sini sepanjang musim bunga la ni...hehe.


  1. Magnolia – pertengahan Ogos sampai awal September.
  2. Daffodil – sepanjang bulan September.
  3. Cherry Blossom (Sakura) – pertengahan September sampai awal Oktober.
  4. Tulip – sepanjang Oktober.
  5. Roses – pertengahan November sampai awal Januari.
  6. Hydrangeas - penghujung November sampai Disember.
  7. Lupin – November sampai pertengahan Disember (bunga paling famous…trademark NZ).
  8. Lavender - penghujung Disember sampai hujung Februari. 



Tempat-tempat yang boleh dilawati semasa bercuti di musim bunga


Both North and South Islands menjanjikan later belakang warna-warni yang cukup cantik untuk background “Selfie dan “Wefie”. Lagi cantik disaksikan dengan mata sendiri...hehe.

Anda boleh stopover di mana2 park. Di North atau South Island, ada saja bunga-bunga tadi bila tiba musimnya. Antara park yang boleh masuk dalam list adalah:


  • Auckland Domain, Hamilton Garden, Cornwall Park (North Island)
  • Hagley Park, Queenstown Park (South Island)


Tempat-tempat yang boleh dikunjungi pula adalah seperti berikut:


  • Lake Tekapo, Canterbury (South Island): Paling cantik untuk dilawati apabila tiba musim Lupin. Daerahnya dipanggil Mackenzie’s District. Perjalanan dari Mt Cook sampai ke Lake Tekapo seriously cantik sepanjang jalan. Rasa macam nak berhenti kat semua tempat, tapi tak sempat la kan sebab long driving. Jadi kalau nak stop, the best place semestinya Lake Tekapo lah.


  • Auckland Domain, Auckland (North Island): Picnic sambil bergambar - ada “Duck Pond” untuk anak-anak bagi makan burung dan itik. Tempatnya sama kawasan dengan Auckland Museum. Sambil menyelam inum air orang kata. Bergambar dengan latar belakang bunga, museum dan duck pond…memang best!


  • Hagley Park, Christchurch (South Island): Famous central Rose Garden. Banyak juga bunga-bunga jenis lain di sini.


  • Parnell Rose Garden, Auckland (North Island): Setiap tahun di sini ada “Rose Festival” - macam-macam jenis ros ditanam dan baunya semerbak harum di taman ni…


  • Hamilton Gardens, Hamilton (North Island): Taman bunga yang punya banyak tema-tema dari beberapa negara, contohnya ada English Garden, Japanese Garden, Chinese Garden dan Indian Garden. Seronok dapat tengok karakter taman masing-masing.


  • Rotorua (North Island): Khas untuk tulip lovers - setiap tahun ada Tulip Festival di bandar Rotorua.


  • Cornwall Park, Auckland (North Island): Boleh ber “picnic” di bawah pohon cherry blossom/sakura yang sedang berkembang mekar. Gambar-gambar di sini memang tiada tandingannya!


  • Hobbiton Village, Matamata (North Island): Untuk LOTR fans - dalam banyak2 musim, musim bungalah yang paling cantik di sini. Musim2 lain pun ok juga sebab pihak management tetap akan pastikan bunga2 di sini terjaga. 



Paling senang… hubungi saja Nasi Lemak NZ Tours di www.nasilemaknztours.com …kami akan cuba merealisasikan percutian impian anda menjadi kenyataan.


Terima Kasih…jumpa lagi di topic selepas ni ya…stay tuned!

 

Nasi Lemak NZ Tours