Nasi Lemak NZ Tours

SYAWAL DI PERANTAUAN (NEW ZEALAND)

19 Julai 2017


Assalammualaikum….


KIA ORA!

Ramai yang selalu bertanya, best tak beraya di perantauan?

Jom saya share sikit pengalaman saya di sini.

Alhamdulillah saya diberi peluang oleh Allah SWT untuk bertemu Syawal pada kali ketiga di Auckland, New Zealand. 3 tahun berturut-turut berhari raya di perantauan semasa musim sejuk. Puasa yang paling pendek pernah saya tempuhi kerana cerahnya lambat dan gelapnya cepat. Jadi waktu berpuasa di sini sekitar 11 jam sahaja.

Di sini tak seperti Malaysia, tarikh hari raya masih bergantung sama ada anak bulan kelihatan atau tidak. Terasa macam zaman saya kecil-kecil dahulu tahun 80an dulu - berdebar menunggu pengumuman raya kat TV, tapi di sini pula berdup dap dup dap menunggu update dari Facebook page atau SMS dari FIANZ (Federal Islamic Association of New Zealand). Kelam-kabut  dibuatnya memasak rendang, mengemas rumah bila tiba-tiba tahu esok raya…hehe.

Persiapan raya…jangan terkejut…walaupun jauh beribu batu… gigih buat macam2 jugak, sama macam beraya di Malaysia. Tapi rasanya di sini persiapannya lagi gigih sebab semua buat sendiri. Di Malaysia boleh beli2 je kan…hehe. Di sini, kuih raya buat sendiri…rendang masak sendiri…paling best LEMANG uolsss kami buat jugakkk! Dari cari buluh…buat tempat bakar…daun pisang, semua proses lah sampai lah siap…gigih kan… Walau di mana kita berada, suasana dan tradisi kita tetap tak dilupakan. Cewahhh gituuu :)

Pengalaman Solat Aidilfitri pula, setiap tahun komuniti Muslim di sini akan solat ramai2 di indoor stadium mana2. Hampir setiap tahun bertukar stadium, ikut mana yang available. Ada juga yang ke masjid, tapi majority semua pegi ke stadium. Beribu-ribu Muslimin dan Muslimat dari perlbagai negara berkumpul. Memang meriah dan ramai especially di bandar besar macam Auckland. Masa tu la bila takbir bergema, airmata berjujuran jugak laaa…mesti la rindu kampung kan…tipu la kalau cakap ok…tapi kejap je sebab zaman sekarang lepas solat boleh video call dengan family…terubat la rindu tu…hehe.

Lepas solat di stadium, ada pelbagai aktiviti untuk family - games untuk kanak-kanak dan juga pelbagai jenis gerai makanan dari macam-macam negara. Masa ni la best untuk cuba makan segala yang boleh…kira abis la jugak kes turun berat macam puasa tu naik dalam sehari…hahaha. Dah kira macam Islamic festival….selalunya sampai ke petang…tapi saya taklah stay sampai petang…mesti la bersambung dengan kunjung mengunjungi open house dari kawan-kawan di sini.

Kalau bercakap pasal open house pulak…first day raya tu dah start. Di sini, sahabat itulah keluarga dan kami pasti berkumpul dari rumah ke rumah, ikut jemputan open house untuk first day raya. Aktiviti open house ni biasanya akan ada setiap weekend …kalau di Auckland sampai ke Hamilton kami sanggup drive turun…hehe…dalam 2 jam je drive pun…macam dari KL ke Ipoh beraya balik hari…

Menu open house pula memang terbaik…masa ni lah terubat segala rindu makanan kita. Lontong, laksa, nasi tomato, nasi minyak, nasi hujan panas, ayam masak merah, ketupat, kuah kacang. Masa ni skill masak semua akan keluar… En Google jadi best friend…hehe… Alhamdulillah semua tu ada walaupun kami jauh di perantauan…

Walaupun Muslim antara komuniti minority di sini tapi ukhuwwah yang terjalin sangat istimewa.  Ternyata Islam itu serata dunia dan bumi Allah itu sememangnya luas, kemeriahan Syawal tetap terasa walau dimana kita berada.

Salam penutup Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin buat semua keluarga tersayang dan sahabat semua di seluruh Malaysia, dari Keluarga Nasi Lemak NZ Tours, Auckland New Zealand.