12 Julai 2017


7 INFO YANG ANDA PERLU TAHU BILA BERCUTI KETIKA MUSIM PANAS DI NEW ZEALAND


Assalamualaikum travel lovers,

Kia Ora!

Kali ni saya nak berkongsi info menarik tentang musim percutian yang popular…hujung tahun kannn…closing of the year moment la kira…hehe

Hujung tahun di New Zealand adalah musim panas - “hot summer vacation…everyone’s favourite time”…bermula dari bulan Disember hingga Februari…boleh la lajak sampai Mac panas nya tu…hehe

Apa yang perlu anda tahu?


1. PEAK SEASON OF THE YEAR

Musim yang paling busy dalam segala musim…semua orang cuti time ni…
Orang belah Europe lari dari musim sejuk nak panas…Cuti sekolah seluruh dunia…Orang local sini pun cuti panjang…Office semua cuti sebulan, ada juga yang lebih…semua bercuti lama bawak family road trip New Zealand…


2. TEMPAT PENGINAPAN DAN TRANSPORT


• Tempat penginapan dan kereta sewa banyak yang fully booked. So everything kena plan seawal mungkin!
• Harga semua naik sangat tinggi
• Flight domestic pun harga melambung jugak
• Holiday house bagi yang nak merasa tu…agak susah la sebab minimum stay pun 5H4M…kita dah nak drive jauh-jauh dan tinggal di town yang lain jugak kan sebab dah long drive…kecuali yang memang nak duduk situ saja
• Motorhome pulak…harga naik double triple pun ada…lepas 15 Disember hingga 15 Januari nak sewa kena minimum 15 hari ke atas…sebab orang sini book terus sebulan untuk road trip


3. WEATHER & TEMPERATURE

New Zealand ni walaupun musim panas tapi tak la sepanas mana sebenarnya…paling tinggi suhu pun dalam 28-29 degree…kalau di South Island tu awal bulan Disember kita orang Asia ni yang dah biasa dengan panas masih la pakai sweater atau jaket sebab suhu masih sejuk dalam 18-20 degrees average especially sesapa yang nak jalan ke Mt Cook tu ala-ala winter sepanjang tahun ya…area gunung sejukkkk…Di North Island panas sikit berbanding di South. Paling penting jangan lupa pakai “Sunblock” sebab sini UV sangat tinggi…Cahaya matahari tu yang terik sikit tapi bila angin lalu mengigil jugak…hehe


4. SIANG YANG PANJANG


Haaa…bab ni best!!! Sebab boleh pulun jalan…hehe…pukul 4.30 dah subuh…by 5.30-6 tu dah cerah macam pukul 8.00pagi…pukul 9 malam baru gelap pulak…best kan?? Sebab tu jugak ramai yang road trip time summer ni…lagipun sini semuanya long drive average dalam 3-4 jam untuk ke satu destinasi…tapi kalau kata South Island tu takde nya traffic jem…boleh posing tengah jalan lagi ada…Banyak tempat boleh cover cuma tempat menginap tu je lah susah nak cari....kalau plan awal InshaAllah ok…


5. BUNGA LUPIN


Wildflower yang menjadi trade mark di New Zealand…ramai yang berposing dalam rimbunan bunga ni…memang cantik jadi profile picture…Bunga ni hanya di South Island especially paling banyak area Lake Tekapo dan jalan nak ke Mt Cook …feeling uolsss…Lupin ni akan merebak banyak ketika hujung bulan November nak masuk musim panas sehingga bulan Disember…bila dah hujung bulan Disember dah makin kurang.


6. MUSIM BUAH PALING BANYAK MASA SUMMER

Yang ni ramai yang tanya dan teringin nak gi feeling peik-petik buah…yezzaaa musim panas memang famous dengan “Fruit picking”…semua nak try kan…tapi tak semua berbuah dan ready untuk di petik pada masa yang sama…lebih kurang macam Malaysia la…musim durian lain…langsat rambutan lain-lain kan…so sini pulak musim buah saya share bila ya…supaya boleh plan nak petik buah apa…hehe
Bergayut-gayut uolsss…geram betul tengok…hehe

NOVEMBER – DISEMBER
Cherries -  kalau nak petik kena ke South Island…

DISEMBER - JANUARI
Semua jenis berries…strawberry…blueberry…blackberry…raspberries etc. Boleh buat kek perisa blueberryyy.
Ada di North dan South Island farms jugak…

FEBRUARI-MAC
Peach…Apple…Pear…Fig
North dan South Island pun ada

Kat mana dan macamana…kalau nak cari kena tengok tempat yang ada tulis P.Y.O (Pick Your Own) fruits…banyak farm yang ada, tengok buah apa.
North Island selalu banyak di area Hamilton - contoh yang kami selalu pergi ialah “Fruitdale Orchard” farm untuk petik buah apple, pear dan peach.  Kalau buah lain farm lain pulak. South Island banyak di area Cromwell.

Procedure nya selalu walk in…pegi ke kaunter amik plastic dah beritahu nak PYO lepas tu owner ladang akan tunjukkan area mana buah apa…lepas tu petik dan kutip lah sesuka hati..ramai ja yang sambil petik masuk mulut jugak…sedap gilerrr fresh sangat…dengan juicy dan crunchy…krup krap bila gigit tu especially apple….tapi agak-agak la kan…kena la petik masuk plastic jugak…jangan masuk mulut tu saja…haha…lepas dah kutip bawak pegi kaunter balik untuk timbang…sini based on trust berapa yang kita letak buah dalam plastic itu lah yang di kira per kilo…harga dia dah tulis siap-siap di board…sebelum kutip tu usha-usha la dulu kan…dan juga timbang lah dengan jujur…hehe


7. PLAN LEBIH AWAL

Kalau orang di sini plan and booking je diorang buat setahun awal atau paling lewat pun 6 bulan awal. Bukan apa masa tu masih banyak pilihan dari segi harga, lokasi, view lebih menarik. Jadi…untuk yang last minit tu…Be prepared to pay for the price ya!

Senang cerita kalau hujung tahun ni…kalau tak plan awal…lagi 2-3 bulan baru nak plan…sila lah ingat ini…hehe
• Tak boleh cerewet atau fussy dengan pilihan yang ada
• Budget kena lebih
• Kalau boleh confirm awal dan jangan asyik nak ubah travel itinerary sampai last minit

Pendek kata, kalau tak nak pening…hubungi saja Nasi Lemak NZ Tours di www.nasilemaknztours.com …kami akan cuba merealisasikan percutian impian anda menjadi kenyataan.

Terima Kasih…jumpa lagi di topic selepas ni ya…stay tuned!


Nasi Lemak NZ Tours

BERCUTI KETIKA MUSIM PANAS (SUMMER) DI NEW ZEALAND