Nasi Lemak NZ Tours

Nak MElawat north island ATAU South ISLAND NZ?

14 Jun 2017


6 TIPS UNTUK MEMILIH KE NORTH ATAU SOUTH ISLAND, NEW ZEALAND ATAU KEDUA-DUANYA

Assalamualaikum,


Kia Ora! (Hello dalam bahasa Maori)

Ramai yang sering bercakap tentang keindahan alam semula jadi di bumi New Zealand…tak terungkap dengan kata-kata hanya mata yang menjadi saksi…indah sungguh ciptaan Allah. Bagi saya yang tinggal di sini, apa yang bestnya kat sini adalah ketenangan. Negara yang kaya dengan alam semulajadi dan penduduk yang sangat ramah serta mempunyai budaya yang sangat unik.


Ramai yang bertanya “Nak ke North Island ke South Island?”

Memang susah nak decide sebenarnya…hehe…masing-masing punya kelebihan tersendiri…cuma masa mungkin tak cukup untuk cover semua kan…

Jadi di sini saya nak share some tips yang boleh consider untuk membantu anda membuat keputusan…



1. MASA

Kalau boleh mesti la nak cover both island kan…tapi berapa lama pulak boleh bercuti kan…hehe.

OK…

North Island kalau minimum pun kena 5H4M inshaAllah dah boleh cover main tourist spot di sini dah…kalau nak relax tak kelam kabut 7H6M would be just nice la tapi still tak boleh cover semua North Island ni.

South Island pulak, paling kurang 8H7M…sebab di sini semuanya long drive…nak ke satu tempat ke tempat yang lain makan masa berjam-jam…tapi sepanjang jalan seriousss macam lukisan cantiknya…pasti ada je tempat nak berhenti berselfie ke wefie ke…hehe.

Kalau nak ke North dan South paling kurang pun 9H8M…paling best kalau dapat dalam 2 minggu…hehe…kena la save cuti kannnn.



2. MUSIM

New Zealand musimnya terbalik dengan Eropah...kalau musim sejuk dekat North Island, tempat yang bersalji adalah area pergunungan macam Mt Ruapehu dan Mt Taranaki. Di South Island pulak, kalau musim sejuk ni, risknya adalah banyak jalan tutup dan flight pun sering cancel kalau salji turun lebat. Selalunya jarang yang ke South Island pada musim sejuk. Musim panas pulak, peak season. Memang susah kalau nak book accommodation kalau tak decide awal. Satu lagi, peak season ni faham-faham aje lah - harga naik tinggi…sila menabung dari awal kalau nak jalan hujung tahun…hehe. Kalau nak ada profile picture dengan the very famous “Lupin” si wildflower tu…yang ni kena ke South Island saja yang ada banyak bila musim panas baru nak mula dari hujung bulan Novermber ke bulan Disember…

Disember – Februari: Musim panas

Mac- Mei: Musim luruh

Jun – Ogos: Musim sejuk

September – November: Musim bunga

 

3. BUDAYA DAN SEJARAH MAORI

Di North Island, selain dari keindahan alam..sini jugak lebih kepada sesiapa yang nak tengok kebudayaan Maori…nak tengok farm lifestyle… Rotorua, bandar yang penuh dengan budaya dan paling banyak aktiviti nak buat di North Island…di sini la tempat untuk melawat perkampungan Maori yang masih tinggal - di situ ada persembahan yang sangat menarik dari mereka.

Selain itu, kalau nak tengok macamana farmers kat sini menguruskan ladang mereka, juga di North Island….contohnya macam sheep show dan lepas tu akan di bawa dengan tour guide tempatan yang akan cerita tentang ladang mereka…hehe.


 
4. HOBBITON MOVIE SET, MATAMATA NORTH ISLAND

Yang paling famous bila cakap pasal North Island ni, sudah tentu “Hobbiton Movie set”…peminat filem Lord of the Rings dan The Hobbits pasti teruja…wajib masuk list lah orang kata. World class movie set terkenal seluruh dunia…dah kata pun world kannn…hehe…jadi kalau yang dah ada Hobbiton ni dalam wishlist memang kena ke North Island lah!


5. KEINDAHAN ALAM SEMULAJADI

South Island is like “heaven on earth” - cantiknya itu SubhanAllah….bila cakap pasal South Island memang sepanjang jalan tu macam lukisan sekeliling…Queenstown antara bandar yang paling ramai tourist datang sebab lokasi agak tengah untuk drive pergi tempat-tempat yang lain di sana. Sana banyak tasik-tasik yang cantik…Lake Tekapo, Lake Pukaki, Lake Wanaka dan banyak lagi lah….

Selain itu, Milford Sound sampai ada yang mengatakan ia adalah “the 8th wonder in the world”…journey to Milford Sound pulak…ada banyak pit stop yang cantik-cantik. Pendek kata tak tau nak letak profile picture yang mana satu lah…tak pun setiap hari bertukar…haha. The truth is, when it comes to natural beauty, South Island pasti takkan mengecewakan…hehe.



6. AKTIVITI

Dari segi aktiviti macam bungy jumping, water rafting, skydiving, ada di North dan South Island juga…cuma lokasi dia ja berbeza…so tak kisah north atau south boleh je buat. Tapi kalau nak tengok the famous Glow Worm cave tu, then kena la datang North Island jugak…hehe.



Pendek kata, kalau tak nak pening…hubungi lah kami di www.nasilemaknztours.com. Kami akan cuba merealisasikan percutian impian anda agar menjadi kenyataan.

Terima Kasih…jumpa lagi di topic selepas ni ya…stay tuned!